Tart telur merupakan hidangan yg dah memang famous sbb rasanya sedap..Sesiapa yg suka makan tart telur ni, boleh la cuba resepi yg Noor kongsikan ni ye... :)
Bahan - bahan pastri :
150g tpg halus @ tpg gandum
25g gula icing (diayak)
70g mentega sejuk (didadu kecil)
1 biji telur (dipukul sedikit)
1/2 sudu kecil esen vanilla
Bahan - bahan telur :
1 tin susu cair
1 cawan air suam
1/3 cawan gula pasir
1 tsp esen vanilla
4 biji telur
pewarna kuning
- Gaul tepung, gula icing dan mentega sejuk hingga tekstur seakan2 serbuk roti (guna hujun jari sahaja).
- Sediakan acuan tart, ambik doh sebesar duit 20sen dan tekan ikut acuan.
- Buat sampai siap. Cucuk sedikit guna garfu @ lidi pada dasar doh.
- kacau gula bersama air suam sehingga larut.
- masukkan bahan2 lain.
- Kacau sehingga sebati.
Masukkan filling telur tadi ke dalam adunan kulit tart. Kemudian bakar di dalam oven yg tlh dipanaskan (180 *C selama 25 minit).
selamat mencuba...