Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

Nasi Tomato

Assalamualaikum

Bila sebut je Nasi Tomato, Noor percaya pasti ramai yg kecur liur kan? Kalau kat Pasar-pasar malam, mau harga RM5 - RM6 sebungkus nasi tomato nih. Ditambah dengan aneka lauknya seperti kurma daging, kurma ayam, ayam kicap, ayam masak merah...fuhhhh...mmg terbayang2 la. 

Pernah masa mengandungkan Aisya, anak sulung dulu, teringin sangat nak makan nasi tomato nih. Nak buat malas tambah2 xde sape2 kat rumah. Suami pulak masa tu out station ke Kuantan. Weekend je balik. Huhuhu...Sedih sangat rasanya. Agaknya emosi orang mengandung mmg macam tu la kan.
Nak-nak pulak Noor ni mmg x reti nk drive. Kereta ada, lesen pon ada..tp simpan wat pekasam je la. Hahaha...

Masa tu tak tau mn nak cari nasi tomato nih. Tetibe teringat yg kat Pasar Malam Kerinchi ada satu gerai ni jual nasi tomato ngan nasi beriani. Sbb masa belajar kat UM dulu, Noor menyewa kat Kerinchi.So dah terbiasa area situ. Kebetulan rumah yg Noor stay kat Gombak dulu, dekat plak dengan Stesen LRT Putra. Apa lagi....dengan penuh keazaman, kugagahkan kaki melangkah menaiki LRT dari Stesen LRT Taman Melati ke Stesen LRT Universiti. Akhirnya tercapai la jugak hasrat nk mkn nasi tomato ni. Kiranya takde la berair mulut anak nnt.

Tp sekarang dah selalu sgt dah buat nasi tomato ni sendiri. Kalo teringin tu, capai je senduk kuali kat dapur.Pungpangpungpang..kejap je dah masak.
Dan inilah rupanya...




Bahan-Bahan untuk Nasi Tomato

4 cawan beras

190g minyak sapi @ margerin
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar (dicincang)
160g tomato puree
Air rebusan ayam @ kiub ayam
Daun saderi yg tlh dicincang dan bawang goreng (untuk hiasan)
Bahan kisar (2 ulas bwg putih, 3 ulas bwg merah dan sedikit halia)


Cara-cara :


Cairkan minyak sapi @ margerin dan tumis rempah 4 sekawan tadi.

Masukkan bahan-bahan kisar  dan goreng sehingga garing. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
Kecilkan api dan tuangkan tomato puree. Biarkan mendidih perlahan-lahan dan seterusnya masukkan beras tadi. Kacau rata.
Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.
Kecilkan api dan tanak nasi sehingga masak.



Untuk membuat ayam masak merah pula, takde sesukar mana pun. Resepi ayam masak merah ni Noor minta dengan kawan Noor, Zuriati..Thank Zue untuk resepi ni. Memang menepati citarasa.



Ni bahan2 untuk ayam masak merah.



Seekor Ayam (dipotong mengikut citarasa sendiri)
1 labu bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
seinci halia (dikisar)
Sebatang serai (dititik)
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Caranya mudah sahaja. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga agak garing. Masukkan cili kering tadi bersama serai yang dititik.
Seterusnya masukkan garam, gula, serbuk perasa dan sos tomato.
Bila semua dah mesra, masukkan ayam yang digoreng tadi.
Boleh hias dengan bawang besar yang dihiris bulat.

SELAMAT MENCUBA (,")





Nasi Lemak Ikan Tongkol

Assalamualaikum

Nasi lemak amatlah sinonim dengan masyarakat Melayu. Dan sering menjadi untuk santapan di pagi hari. Kebiasaannya nasi lemak ni dimakan dengan sambal ikan bilis dan telur rebus. Tapi kepelbagaian telah dibuat. Lauk2 dipelbagaikan seperti sambal kerang, ayam goremg, paru dan sebagainya lagi la.

Hari ni Noor nak kongsi satu lagi resepi yang jarang2 sangat orang buat. Kebiasaannya nasi lemak ikan tongkol ni amat popular di kalangan penduduk Pantai Timur Malaysia terutamanya Terengganu dan Kelantan. Bagi yang tak pernah rasa makan nasi lemak ikan tongkol, boleh la mencuba resepi ini.



Bahan-bahan untuk nasi lemak

5 cawan beras
2 biji pati santan
2 ulas bawang merah kecil (mayang)
2 helai daun pandan
garam secukupnya


Cara-cara memasak nasi lemak

Basuh beras. Masukkan pati santan beserta bawang merah yang dimayang dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan daun pandan. Tanak sehingga masak.



Bahan2 Ikan Tongkol Rebus

1 ekor ikan tongkol sederhana besar
3-4 keping asam gelugur
1/2 keping gula melaka
sedikit lengkuas
Air (untuk merebus ikan)
1 tsbp cuka


Cara-cara menbuat ikan tongkol rebus

Masukkan kesemua sekali bahan2 untuk merebus ikan tadi ke dalam periuk. Rebus sehingga ikan masak. Ketepikan.



Bahan2 untuk sambal

sedikit belacan
1 labu bawang besar
3-4 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit ikan bilis
3  tsbp cili kering (dikisar)
air asam jawa
2 1/2 tsbp gula
1/2 tsbp garam
serbuk perasa
minyak


Cara2 membuat sambal

Kisar belacan, bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis tadi.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tadi. Bila bahan2 kisar tadi agak garing, masukkan cili kering kisar. Goreng sehingga agak naik minyak. Seterusnya masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Akhir sekali boleh la masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi.


Mudah je kan nak buat nasi lemak ikan tongkol ni. Yang penting, sedap... :)
Kalau nak sedap lagi, bolehlah goreng ikan bilis jugak. Dan telur rebus jangan dilupa tau. Boleh la dihias dengan timun jugak.