Sunday, November 4, 2012

Nasi Lemak Ikan Tongkol

Assalamualaikum

Nasi lemak amatlah sinonim dengan masyarakat Melayu. Dan sering menjadi untuk santapan di pagi hari. Kebiasaannya nasi lemak ni dimakan dengan sambal ikan bilis dan telur rebus. Tapi kepelbagaian telah dibuat. Lauk2 dipelbagaikan seperti sambal kerang, ayam goremg, paru dan sebagainya lagi la.

Hari ni Noor nak kongsi satu lagi resepi yang jarang2 sangat orang buat. Kebiasaannya nasi lemak ikan tongkol ni amat popular di kalangan penduduk Pantai Timur Malaysia terutamanya Terengganu dan Kelantan. Bagi yang tak pernah rasa makan nasi lemak ikan tongkol, boleh la mencuba resepi ini.



Bahan-bahan untuk nasi lemak

5 cawan beras
2 biji pati santan
2 ulas bawang merah kecil (mayang)
2 helai daun pandan
garam secukupnya


Cara-cara memasak nasi lemak

Basuh beras. Masukkan pati santan beserta bawang merah yang dimayang dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan daun pandan. Tanak sehingga masak.



Bahan2 Ikan Tongkol Rebus

1 ekor ikan tongkol sederhana besar
3-4 keping asam gelugur
1/2 keping gula melaka
sedikit lengkuas
Air (untuk merebus ikan)
1 tsbp cuka


Cara-cara menbuat ikan tongkol rebus

Masukkan kesemua sekali bahan2 untuk merebus ikan tadi ke dalam periuk. Rebus sehingga ikan masak. Ketepikan.



Bahan2 untuk sambal

sedikit belacan
1 labu bawang besar
3-4 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit ikan bilis
3  tsbp cili kering (dikisar)
air asam jawa
2 1/2 tsbp gula
1/2 tsbp garam
serbuk perasa
minyak


Cara2 membuat sambal

Kisar belacan, bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis tadi.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tadi. Bila bahan2 kisar tadi agak garing, masukkan cili kering kisar. Goreng sehingga agak naik minyak. Seterusnya masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Akhir sekali boleh la masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi.


Mudah je kan nak buat nasi lemak ikan tongkol ni. Yang penting, sedap... :)
Kalau nak sedap lagi, bolehlah goreng ikan bilis jugak. Dan telur rebus jangan dilupa tau. Boleh la dihias dengan timun jugak.





Kuih Seri Ayu

Assalamualaikum

Alkisah nak buat kuih seri ayu ni punye la banyak dugaannya. Tekak ni terasa nk sangat makan kuih tradisional ni. Tapi taknak beli kat kedai...tp nak makan dari hasil air tangan sendiri. Ni semua gara tengok rancangan 5 rencah 5 rasa oleh Cher Sherson tu la.Tgk dia buat kuih ni. Mak aihhh....mmg tak sabar2 nak buat rasanya.Tapi....acuan kuih ni plak la yg takde. Hadoiii...Tertangguh la niat ni. Esoknya Noor pon pergi la try cari acuan ni kat Econsave, tapi takde pulak..Pastu singgah kat kedai peralatan kek & pastri kat Balakong ni, tapi takde jual jugak benda alah ni. Rasa frust menonggeng je. Last skali, cari kedai peralatan kek yg satu lagi yg kat Alam Damai ni, tp tutup plak.Huhuhuhu...Asben Noor kata xpe la..nati esok try datang lagi...

Esok petang tu, berkunjung sekali lagi ke Kedai Peralatan Kek tu, Alhamdulillah ari ni dia buka. Dan agaknya memang rezeki Noor kot sbb acuan tu tinggal 1 je lagi. Yeayyy... Seronok sgt rasanya.. :)

So inilah rupa kuih seri ayu yg Noor buat tu.


Resepi bagi kuih ni Noor cedok dari My Resepi...sedap rasanya. Dan gebu jugak..
Kepada teman2 yg ingin mecuba, boleh la dapatkan resepi ni seperti di bawah 


BAHAN - BAHAN :

2 Biji Telur
1 Cawan Gula (Noor guna gula castor)
1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Santan
1 sk Ovellette
1 sk perisa pandan (tp Noor lebih suka guna jair pandan yg dibuat sendiri)
pewarna hijau (kalau dah guna air pandan, tak perlu lagi pewarna)
kelapa putih


CARA - CARA :

Pukul gula bersama telur sehingga kembang. Seterusnya masukkan ovellete dan terus memukulnya lagi. Kemudian masukkan tepung gandum, santan dan perisa @ air pandan sehingga sebati. Masukkan pewarna...

Langkah seterusnya, masukkan isi kelapa putih tadi ke dalam acuan kuis seri ayu dan ditekan2 sedikit supaya ia padat. Seterusnya tuangkan adunan tadi ke dalam acuan tersebut. Kukus selama lebih kurang 7 minit (pastikan air dalam kukusan telah mendidih). Hidangkan...


SELAMAT MENCUBA :)







Salam Perkenalan

Assalamualaikum...

Buat pertama kalinya Noor buka blog untuk masakan ni.Actually dah lama sgt punya keinginan untuk create blog ni dan berkongsi rahsia2 di dapur namun dek kerana kekangan waktu serta komitmen lain, terpaksa la Noor tangguhkan dulu. Alhamdulillah hari ini terlaksana jua apa yang dihajati. Semoga menerusi blog ini, dapatlah kita sama-sama dapat berkongsi dan bertukar2 menu juadah nanti. :)