Wednesday, February 27, 2013

Tart Telur

Assalamualaikum

Tart telur merupakan hidangan yg dah memang famous sbb rasanya sedap..Sesiapa yg suka makan tart telur ni, boleh la cuba resepi yg Noor kongsikan ni ye... :)

Bahan - bahan pastri :

150g tpg halus @ tpg gandum
25g gula icing (diayak)
70g mentega sejuk (didadu kecil)
1 biji telur (dipukul sedikit)
1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan - bahan telur :

1 tin susu cair
1 cawan air suam
1/3 cawan gula pasir
1 tsp esen vanilla
4 biji telur
pewarna kuning



Penyediaan pastri :

- Gaul tepung, gula icing dan mentega sejuk hingga tekstur seakan2 serbuk roti (guna hujun jari sahaja).
- Sediakan acuan tart, ambik doh sebesar duit 20sen dan tekan ikut acuan.
- Buat sampai siap. Cucuk sedikit guna garfu @ lidi pada dasar doh.



Penyediaan telur :

- kacau gula bersama air suam sehingga larut.
- masukkan bahan2 lain.
- Kacau sehingga sebati.

Masukkan filling telur tadi ke dalam adunan kulit tart. Kemudian bakar di dalam oven yg tlh dipanaskan (180 *C selama 25 minit).



selamat mencuba...

Durian Crepe

Assalamualaikum...

Baru-baru ini seakan menjadi fenomena di Malaysia apabila musim durian crepe melanda. Tp sejak akhir2 ni, keadaannya kembali seperti biasa. Ramai yg kata sedap. So Noor pon cuba la google resepi untuk durian crepe ni.. Banyak resepi yg dikongsi di dlm blog2...ada yg guna 5 jenis tepung..ada yg guna 7 jenis tepung dan sebagainya...

Gambar durian kat atas ni Noor ambik dlm sebuah website...mmg menggiurkan la bila tgk isinya yg kekuningan. Actually Noor n hubby mmg hantu durian. Anak2 pon dah terikut2 jugak..

Kali ni Noor nak kongsikan resepi Durian Crepe yg Noor ambik dr blog Amie's Little Kitchen.



Bahan2 :

3 sudu bsr tpg hong kong
3 sudu bsr tpg naik sendiri
3 sudu bsr tpg ubi kayu
2 sudu bsr tpg kastard
2 sudu bsr tpg jagung
2 sudu bsr tpg kentang
2 sudu bsr tpg superfine
2 sudu bsr gula icing
1/2 tin susu cair (Noor lbh suka guna susu segar)
2 biji telur (buang tali pusat)
1 sudu kcl garam halus
3 sudu bsr mentega (dicairkan)
2 cwn air
3 helai daun pandan @ esen vanila
pewarna

Untuk Filling :

Fresh Cream @ Whipping Cream
Durian (dilenyek)


Cara2 :

Campurkan semua bahan2 tadi. Bancuh hingga sebati.
Goreng tepung tadi (jadi macam lempeng).
Angkat tepung bila dah agak kering. Jangan balikkan tepung tadi.
Letak cream dan isi durian di tengah2 tepung tersebut dan lipat empat.....

Sunday, January 20, 2013

PERGEDIL DAGING

Assalamualaikum....

Rasanya semua org pn tau pergedil/bergedil kan?Noor pon x pasti la mana satu ejaan yg sebetulnya.Pada mulanya Noor bukanlah seorang penggemar makanan ni.Bukan sbb x sedap tp x terliur nk try.Tp baru2 ni, dah mmg xde idea nk masak ape..so belek2 buku resepi, ternampakla resepi ni. Memandangkan daging kat dalam fridge yg mak bagi ari tu mmg banyak lg, so proceed je la..Rupanya boleh tahan jugak rasanya ye..

Resepi kali ni Noor petik dari buku 'Senangnya Memasak...Daging' bersama Chef Hanieliza...

Bahan2 :

- 500g kentang (direbus dan dihancurkan
- 200g daging kisar (Noor suka cincang n blend)
- 1/2 cawan bawang goreng
- 2 tangkai daun sup (dimayang halus)
- 2 tangkai daun bawang (diracik halus)
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu besar tepung jagung
- garam secukup rasa
- 2 biji telur (dipukul)
- minyak untuk menggoreng

Cara2 :

- Gaulkan semua bahan kecuali telur & minyak.
- bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan 
  leper.
- Celupkan ke dalam telur yg dipukul.
- Angkat dan toskan.
- Sedia dihidangkan.







Proses menggoreng


Dah boleh makan dah... :)

Sunday, November 18, 2012

Fruitti Cheese Cake

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari dah rasanya Noor tak sempat nak update blog ni. Bz memanjang minggu ni. Dengan job make up lagi...sekarang kan dah musim cuti sekolah. So ramailah perkahwinan akan berlangsung. Tambahan pula, ramai family dari kampung datang bertandang ke rumah Noor. Saje nak bercuti..Seronok bila tetamu datang rumah.

Apepun, kali ni Noor nak kongsi satu resepi yang Noor petik dari blog kegemaran Noor iaitu dari Kak Azlita Masam Manis.
Ni kali pertama Noor buat kek keju, tp Alhamdulillah menjadi dan rasanya sangat sedap. So ape lagi...jom cuba resepi ni.


Macam ni la rupa Fruitti Cheese Cake ni. Cantikkan?Tapi x secantik yg kak Azlita buat. Tp ok la kan sebab ni 1st time Noor try buat.


Bahan2 Kek Span Coklat

5 biji telur
125g gula kastor
1 tsp esen vanilla
2 tsp ovelette
100g tepung
20g serbuk koko
1 tsp baking powder
40ml air
70g mentega (dicairkan)


Cara membuat kek span coklat :

Panaskan oven (170 C).
Campurkan semua bahan kecuali mentega. Putar bahan2 tersebut sampai kembang dan gebu (anggaran 10 minit).
Kemudian masukkan mentega cair tadi dan kaup balikkan dengan spatula.
Tuang dalam loyang 8" yg telah disapu  mentega dan telah dilapikkan kertas minyak.
Bakar selama lebih kurang 35 minit.
Terbalikkan kek di atas redai dan biarkan sejuk.
Potong kek kepada 3 lapisan.

Lapisan Cheese

120 ml susu segar
2 biji kuning telur
350g cream cheese
80g gula castor
1 tsbp serbuk gelatin
40g whipped cream
pewarna dan perasa :
  • 1/4 tsp strawberry emulco + 1/4 tsp pewarna merah jambu
  • 1/4 tsp pes lemon + 1/4 tsp pewarna kuning
  • 1/4 tsp pes blueberry + 1/4 tsp pewarna ungu
  • 1/4 tsp pes oren + 1/4 tsp pewarna oren
  • 1/4 tsp pes kiwi + 1/4 tsp pewarna hijau (resipi asal adalah menggunakan pes kiwi)

Satukan susu segar, kuning telur, cream cheese, gula castor dan serbuk gelatin di dalam periuk. Masak secara double boiler sehingga sebati dan cair.
Padamkan api dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
Putar whipped cream sehingga ringan dan bertanduk.
Masukkan adunan cream cheese dan terus putar.
Bahagi kepada lima cawan dan tambahkan perasa serta pwearna pada setiap bahagian tadi.


Potong kek span coklat dalam loyang spring foam bulat 7".
Tuangkan adunan cheese oren dan ratakan permukaannya. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
Keluarkan kek dari peti, dan tambahkan pula lapisan ungu.
Ulangi proses yang sama sehingga habis,
Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA...

Monday, November 5, 2012

Ayam Berempah

Assalamualaikum

Rempah ratus mmg sinonim dengan masyarakat di Malaysia terutamanya bagi Kaum Melayu dan India. Boleh dikatakan kebanyakan hidangan memang menggunakan rempah. Lagipun, aroma bau rempah ni memang menusuk hidung dan kalbu.

Kali ni Noor nak kongsikan bersama Ayam Berempah yang selalu menjadi santapan Noor sekeluarga.
Ayam berempah yg Noor maksudkan kali ni kiranya ala-ala mamak sket la. Resepi ni Noor adaptasikan dari Majalah SAJI. Memang tak rugi mencuba dan ia merupakan salah satu hidangan kegemaran kami sekeluarga.

Bahan-bahan :

1/2 ekor Ayam
Serbuk kunyit
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 ulas bawang putih (dicincang)
Daun kari
1/2 inci halia (dihiris)
Bawang besar (dihiris bulat)
1 sudu besar lada kering kisar
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Serbuk perasa



Cara Membuatnya

Gaul ayam bersama kunyit. Kemudian goreng separuh masak. Ketepikan.
Tumis daun kari, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik baunya.
Masukkan bawang putih yang telah dicincang tadi bersama halia. Seterusnya masukkan lada kering yang telah dikisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk kari.
Letak garam dan serbuk perasa secukupnya. Masukkan kicap. Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang telas dipotong bulat sebagai hiasan.


SELAMAT MENJAMU SELERA...

Sunday, November 4, 2012

Nasi Tomato

Assalamualaikum

Bila sebut je Nasi Tomato, Noor percaya pasti ramai yg kecur liur kan? Kalau kat Pasar-pasar malam, mau harga RM5 - RM6 sebungkus nasi tomato nih. Ditambah dengan aneka lauknya seperti kurma daging, kurma ayam, ayam kicap, ayam masak merah...fuhhhh...mmg terbayang2 la. 

Pernah masa mengandungkan Aisya, anak sulung dulu, teringin sangat nak makan nasi tomato nih. Nak buat malas tambah2 xde sape2 kat rumah. Suami pulak masa tu out station ke Kuantan. Weekend je balik. Huhuhu...Sedih sangat rasanya. Agaknya emosi orang mengandung mmg macam tu la kan.
Nak-nak pulak Noor ni mmg x reti nk drive. Kereta ada, lesen pon ada..tp simpan wat pekasam je la. Hahaha...

Masa tu tak tau mn nak cari nasi tomato nih. Tetibe teringat yg kat Pasar Malam Kerinchi ada satu gerai ni jual nasi tomato ngan nasi beriani. Sbb masa belajar kat UM dulu, Noor menyewa kat Kerinchi.So dah terbiasa area situ. Kebetulan rumah yg Noor stay kat Gombak dulu, dekat plak dengan Stesen LRT Putra. Apa lagi....dengan penuh keazaman, kugagahkan kaki melangkah menaiki LRT dari Stesen LRT Taman Melati ke Stesen LRT Universiti. Akhirnya tercapai la jugak hasrat nk mkn nasi tomato ni. Kiranya takde la berair mulut anak nnt.

Tp sekarang dah selalu sgt dah buat nasi tomato ni sendiri. Kalo teringin tu, capai je senduk kuali kat dapur.Pungpangpungpang..kejap je dah masak.
Dan inilah rupanya...




Bahan-Bahan untuk Nasi Tomato

4 cawan beras

190g minyak sapi @ margerin
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar (dicincang)
160g tomato puree
Air rebusan ayam @ kiub ayam
Daun saderi yg tlh dicincang dan bawang goreng (untuk hiasan)
Bahan kisar (2 ulas bwg putih, 3 ulas bwg merah dan sedikit halia)


Cara-cara :


Cairkan minyak sapi @ margerin dan tumis rempah 4 sekawan tadi.

Masukkan bahan-bahan kisar  dan goreng sehingga garing. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
Kecilkan api dan tuangkan tomato puree. Biarkan mendidih perlahan-lahan dan seterusnya masukkan beras tadi. Kacau rata.
Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.
Kecilkan api dan tanak nasi sehingga masak.



Untuk membuat ayam masak merah pula, takde sesukar mana pun. Resepi ayam masak merah ni Noor minta dengan kawan Noor, Zuriati..Thank Zue untuk resepi ni. Memang menepati citarasa.



Ni bahan2 untuk ayam masak merah.



Seekor Ayam (dipotong mengikut citarasa sendiri)
1 labu bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
seinci halia (dikisar)
Sebatang serai (dititik)
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Caranya mudah sahaja. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga agak garing. Masukkan cili kering tadi bersama serai yang dititik.
Seterusnya masukkan garam, gula, serbuk perasa dan sos tomato.
Bila semua dah mesra, masukkan ayam yang digoreng tadi.
Boleh hias dengan bawang besar yang dihiris bulat.

SELAMAT MENCUBA (,")





Puding Roti Pelangi

Assalamualaikum

Hari yg indah...mood pun indah..Suami Noor tetibe kata dia teringin nak makan puding roti. So untuk tidak menghampakannya, Noor pon mula la mencari2 resepi puding roti ni. At last, jumpa la dalam My Resepi..Ada 2-3 resepi jugak yg Noor jumpa.Noor pon combine 2-3 resepi tersebut. Dan hasilnya tidaklah mengecewakan.



Kepada teman2 yg nak mencuba resepi ni, boleh la salin bahan2 yg diperlukan ye :)

BAHAN-BAHAN

BAHAN A

25g agar-agar tali
250ml air
500g gula

BAHAN B

7 keping roti
1 tin susu cair
1 cawan air
3 tsbp tepung kastard/tepung jagung
1 biji telur
1 tsb esen vanilla

BAHAN C

Cincau/kismis/buah2 kering
pewarna


CARA-CARA MEMBUAT

Masakkan kesemua bahan A sehingga mendidih dan agar2 telah cair.
Sementara tu, blend semua bahan B.
 Satukan Bahan A dan Bahan B bersama. Masak dengan api perlahan sehingga masak.
Asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna mengikut citarasa.
Tuang adunan ke dalam loyang mengikut kreativiti sendiri.
Akhir sekali, taburkan Bahan C tadi di atas adunan tersebut dan masukkan dalam peti sejuk.