Sunday, November 18, 2012

Fruitti Cheese Cake

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari dah rasanya Noor tak sempat nak update blog ni. Bz memanjang minggu ni. Dengan job make up lagi...sekarang kan dah musim cuti sekolah. So ramailah perkahwinan akan berlangsung. Tambahan pula, ramai family dari kampung datang bertandang ke rumah Noor. Saje nak bercuti..Seronok bila tetamu datang rumah.

Apepun, kali ni Noor nak kongsi satu resepi yang Noor petik dari blog kegemaran Noor iaitu dari Kak Azlita Masam Manis.
Ni kali pertama Noor buat kek keju, tp Alhamdulillah menjadi dan rasanya sangat sedap. So ape lagi...jom cuba resepi ni.


Macam ni la rupa Fruitti Cheese Cake ni. Cantikkan?Tapi x secantik yg kak Azlita buat. Tp ok la kan sebab ni 1st time Noor try buat.


Bahan2 Kek Span Coklat

5 biji telur
125g gula kastor
1 tsp esen vanilla
2 tsp ovelette
100g tepung
20g serbuk koko
1 tsp baking powder
40ml air
70g mentega (dicairkan)


Cara membuat kek span coklat :

Panaskan oven (170 C).
Campurkan semua bahan kecuali mentega. Putar bahan2 tersebut sampai kembang dan gebu (anggaran 10 minit).
Kemudian masukkan mentega cair tadi dan kaup balikkan dengan spatula.
Tuang dalam loyang 8" yg telah disapu  mentega dan telah dilapikkan kertas minyak.
Bakar selama lebih kurang 35 minit.
Terbalikkan kek di atas redai dan biarkan sejuk.
Potong kek kepada 3 lapisan.

Lapisan Cheese

120 ml susu segar
2 biji kuning telur
350g cream cheese
80g gula castor
1 tsbp serbuk gelatin
40g whipped cream
pewarna dan perasa :
  • 1/4 tsp strawberry emulco + 1/4 tsp pewarna merah jambu
  • 1/4 tsp pes lemon + 1/4 tsp pewarna kuning
  • 1/4 tsp pes blueberry + 1/4 tsp pewarna ungu
  • 1/4 tsp pes oren + 1/4 tsp pewarna oren
  • 1/4 tsp pes kiwi + 1/4 tsp pewarna hijau (resipi asal adalah menggunakan pes kiwi)

Satukan susu segar, kuning telur, cream cheese, gula castor dan serbuk gelatin di dalam periuk. Masak secara double boiler sehingga sebati dan cair.
Padamkan api dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
Putar whipped cream sehingga ringan dan bertanduk.
Masukkan adunan cream cheese dan terus putar.
Bahagi kepada lima cawan dan tambahkan perasa serta pwearna pada setiap bahagian tadi.


Potong kek span coklat dalam loyang spring foam bulat 7".
Tuangkan adunan cheese oren dan ratakan permukaannya. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
Keluarkan kek dari peti, dan tambahkan pula lapisan ungu.
Ulangi proses yang sama sehingga habis,
Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA...

Monday, November 5, 2012

Ayam Berempah

Assalamualaikum

Rempah ratus mmg sinonim dengan masyarakat di Malaysia terutamanya bagi Kaum Melayu dan India. Boleh dikatakan kebanyakan hidangan memang menggunakan rempah. Lagipun, aroma bau rempah ni memang menusuk hidung dan kalbu.

Kali ni Noor nak kongsikan bersama Ayam Berempah yang selalu menjadi santapan Noor sekeluarga.
Ayam berempah yg Noor maksudkan kali ni kiranya ala-ala mamak sket la. Resepi ni Noor adaptasikan dari Majalah SAJI. Memang tak rugi mencuba dan ia merupakan salah satu hidangan kegemaran kami sekeluarga.

Bahan-bahan :

1/2 ekor Ayam
Serbuk kunyit
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 ulas bawang putih (dicincang)
Daun kari
1/2 inci halia (dihiris)
Bawang besar (dihiris bulat)
1 sudu besar lada kering kisar
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Serbuk perasa



Cara Membuatnya

Gaul ayam bersama kunyit. Kemudian goreng separuh masak. Ketepikan.
Tumis daun kari, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik baunya.
Masukkan bawang putih yang telah dicincang tadi bersama halia. Seterusnya masukkan lada kering yang telah dikisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk kari.
Letak garam dan serbuk perasa secukupnya. Masukkan kicap. Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang telas dipotong bulat sebagai hiasan.


SELAMAT MENJAMU SELERA...

Sunday, November 4, 2012

Nasi Tomato

Assalamualaikum

Bila sebut je Nasi Tomato, Noor percaya pasti ramai yg kecur liur kan? Kalau kat Pasar-pasar malam, mau harga RM5 - RM6 sebungkus nasi tomato nih. Ditambah dengan aneka lauknya seperti kurma daging, kurma ayam, ayam kicap, ayam masak merah...fuhhhh...mmg terbayang2 la. 

Pernah masa mengandungkan Aisya, anak sulung dulu, teringin sangat nak makan nasi tomato nih. Nak buat malas tambah2 xde sape2 kat rumah. Suami pulak masa tu out station ke Kuantan. Weekend je balik. Huhuhu...Sedih sangat rasanya. Agaknya emosi orang mengandung mmg macam tu la kan.
Nak-nak pulak Noor ni mmg x reti nk drive. Kereta ada, lesen pon ada..tp simpan wat pekasam je la. Hahaha...

Masa tu tak tau mn nak cari nasi tomato nih. Tetibe teringat yg kat Pasar Malam Kerinchi ada satu gerai ni jual nasi tomato ngan nasi beriani. Sbb masa belajar kat UM dulu, Noor menyewa kat Kerinchi.So dah terbiasa area situ. Kebetulan rumah yg Noor stay kat Gombak dulu, dekat plak dengan Stesen LRT Putra. Apa lagi....dengan penuh keazaman, kugagahkan kaki melangkah menaiki LRT dari Stesen LRT Taman Melati ke Stesen LRT Universiti. Akhirnya tercapai la jugak hasrat nk mkn nasi tomato ni. Kiranya takde la berair mulut anak nnt.

Tp sekarang dah selalu sgt dah buat nasi tomato ni sendiri. Kalo teringin tu, capai je senduk kuali kat dapur.Pungpangpungpang..kejap je dah masak.
Dan inilah rupanya...




Bahan-Bahan untuk Nasi Tomato

4 cawan beras

190g minyak sapi @ margerin
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar (dicincang)
160g tomato puree
Air rebusan ayam @ kiub ayam
Daun saderi yg tlh dicincang dan bawang goreng (untuk hiasan)
Bahan kisar (2 ulas bwg putih, 3 ulas bwg merah dan sedikit halia)


Cara-cara :


Cairkan minyak sapi @ margerin dan tumis rempah 4 sekawan tadi.

Masukkan bahan-bahan kisar  dan goreng sehingga garing. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
Kecilkan api dan tuangkan tomato puree. Biarkan mendidih perlahan-lahan dan seterusnya masukkan beras tadi. Kacau rata.
Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.
Kecilkan api dan tanak nasi sehingga masak.



Untuk membuat ayam masak merah pula, takde sesukar mana pun. Resepi ayam masak merah ni Noor minta dengan kawan Noor, Zuriati..Thank Zue untuk resepi ni. Memang menepati citarasa.



Ni bahan2 untuk ayam masak merah.



Seekor Ayam (dipotong mengikut citarasa sendiri)
1 labu bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
seinci halia (dikisar)
Sebatang serai (dititik)
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Caranya mudah sahaja. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga agak garing. Masukkan cili kering tadi bersama serai yang dititik.
Seterusnya masukkan garam, gula, serbuk perasa dan sos tomato.
Bila semua dah mesra, masukkan ayam yang digoreng tadi.
Boleh hias dengan bawang besar yang dihiris bulat.

SELAMAT MENCUBA (,")





Puding Roti Pelangi

Assalamualaikum

Hari yg indah...mood pun indah..Suami Noor tetibe kata dia teringin nak makan puding roti. So untuk tidak menghampakannya, Noor pon mula la mencari2 resepi puding roti ni. At last, jumpa la dalam My Resepi..Ada 2-3 resepi jugak yg Noor jumpa.Noor pon combine 2-3 resepi tersebut. Dan hasilnya tidaklah mengecewakan.



Kepada teman2 yg nak mencuba resepi ni, boleh la salin bahan2 yg diperlukan ye :)

BAHAN-BAHAN

BAHAN A

25g agar-agar tali
250ml air
500g gula

BAHAN B

7 keping roti
1 tin susu cair
1 cawan air
3 tsbp tepung kastard/tepung jagung
1 biji telur
1 tsb esen vanilla

BAHAN C

Cincau/kismis/buah2 kering
pewarna


CARA-CARA MEMBUAT

Masakkan kesemua bahan A sehingga mendidih dan agar2 telah cair.
Sementara tu, blend semua bahan B.
 Satukan Bahan A dan Bahan B bersama. Masak dengan api perlahan sehingga masak.
Asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna mengikut citarasa.
Tuang adunan ke dalam loyang mengikut kreativiti sendiri.
Akhir sekali, taburkan Bahan C tadi di atas adunan tersebut dan masukkan dalam peti sejuk.

Nasi Lemak Ikan Tongkol

Assalamualaikum

Nasi lemak amatlah sinonim dengan masyarakat Melayu. Dan sering menjadi untuk santapan di pagi hari. Kebiasaannya nasi lemak ni dimakan dengan sambal ikan bilis dan telur rebus. Tapi kepelbagaian telah dibuat. Lauk2 dipelbagaikan seperti sambal kerang, ayam goremg, paru dan sebagainya lagi la.

Hari ni Noor nak kongsi satu lagi resepi yang jarang2 sangat orang buat. Kebiasaannya nasi lemak ikan tongkol ni amat popular di kalangan penduduk Pantai Timur Malaysia terutamanya Terengganu dan Kelantan. Bagi yang tak pernah rasa makan nasi lemak ikan tongkol, boleh la mencuba resepi ini.



Bahan-bahan untuk nasi lemak

5 cawan beras
2 biji pati santan
2 ulas bawang merah kecil (mayang)
2 helai daun pandan
garam secukupnya


Cara-cara memasak nasi lemak

Basuh beras. Masukkan pati santan beserta bawang merah yang dimayang dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan daun pandan. Tanak sehingga masak.



Bahan2 Ikan Tongkol Rebus

1 ekor ikan tongkol sederhana besar
3-4 keping asam gelugur
1/2 keping gula melaka
sedikit lengkuas
Air (untuk merebus ikan)
1 tsbp cuka


Cara-cara menbuat ikan tongkol rebus

Masukkan kesemua sekali bahan2 untuk merebus ikan tadi ke dalam periuk. Rebus sehingga ikan masak. Ketepikan.



Bahan2 untuk sambal

sedikit belacan
1 labu bawang besar
3-4 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit ikan bilis
3  tsbp cili kering (dikisar)
air asam jawa
2 1/2 tsbp gula
1/2 tsbp garam
serbuk perasa
minyak


Cara2 membuat sambal

Kisar belacan, bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis tadi.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tadi. Bila bahan2 kisar tadi agak garing, masukkan cili kering kisar. Goreng sehingga agak naik minyak. Seterusnya masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Akhir sekali boleh la masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi.


Mudah je kan nak buat nasi lemak ikan tongkol ni. Yang penting, sedap... :)
Kalau nak sedap lagi, bolehlah goreng ikan bilis jugak. Dan telur rebus jangan dilupa tau. Boleh la dihias dengan timun jugak.





Kuih Seri Ayu

Assalamualaikum

Alkisah nak buat kuih seri ayu ni punye la banyak dugaannya. Tekak ni terasa nk sangat makan kuih tradisional ni. Tapi taknak beli kat kedai...tp nak makan dari hasil air tangan sendiri. Ni semua gara tengok rancangan 5 rencah 5 rasa oleh Cher Sherson tu la.Tgk dia buat kuih ni. Mak aihhh....mmg tak sabar2 nak buat rasanya.Tapi....acuan kuih ni plak la yg takde. Hadoiii...Tertangguh la niat ni. Esoknya Noor pon pergi la try cari acuan ni kat Econsave, tapi takde pulak..Pastu singgah kat kedai peralatan kek & pastri kat Balakong ni, tapi takde jual jugak benda alah ni. Rasa frust menonggeng je. Last skali, cari kedai peralatan kek yg satu lagi yg kat Alam Damai ni, tp tutup plak.Huhuhuhu...Asben Noor kata xpe la..nati esok try datang lagi...

Esok petang tu, berkunjung sekali lagi ke Kedai Peralatan Kek tu, Alhamdulillah ari ni dia buka. Dan agaknya memang rezeki Noor kot sbb acuan tu tinggal 1 je lagi. Yeayyy... Seronok sgt rasanya.. :)

So inilah rupa kuih seri ayu yg Noor buat tu.


Resepi bagi kuih ni Noor cedok dari My Resepi...sedap rasanya. Dan gebu jugak..
Kepada teman2 yg ingin mecuba, boleh la dapatkan resepi ni seperti di bawah 


BAHAN - BAHAN :

2 Biji Telur
1 Cawan Gula (Noor guna gula castor)
1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Santan
1 sk Ovellette
1 sk perisa pandan (tp Noor lebih suka guna jair pandan yg dibuat sendiri)
pewarna hijau (kalau dah guna air pandan, tak perlu lagi pewarna)
kelapa putih


CARA - CARA :

Pukul gula bersama telur sehingga kembang. Seterusnya masukkan ovellete dan terus memukulnya lagi. Kemudian masukkan tepung gandum, santan dan perisa @ air pandan sehingga sebati. Masukkan pewarna...

Langkah seterusnya, masukkan isi kelapa putih tadi ke dalam acuan kuis seri ayu dan ditekan2 sedikit supaya ia padat. Seterusnya tuangkan adunan tadi ke dalam acuan tersebut. Kukus selama lebih kurang 7 minit (pastikan air dalam kukusan telah mendidih). Hidangkan...


SELAMAT MENCUBA :)







Salam Perkenalan

Assalamualaikum...

Buat pertama kalinya Noor buka blog untuk masakan ni.Actually dah lama sgt punya keinginan untuk create blog ni dan berkongsi rahsia2 di dapur namun dek kerana kekangan waktu serta komitmen lain, terpaksa la Noor tangguhkan dulu. Alhamdulillah hari ini terlaksana jua apa yang dihajati. Semoga menerusi blog ini, dapatlah kita sama-sama dapat berkongsi dan bertukar2 menu juadah nanti. :)